Ahad, 22 Ogos 2010

Keluarga Bahagia

KELUARGA BAHAGIA

Pengenalan

Keluarga merujuk kepada saudara-mara, kaum kerabat atau sanak saudara. Bahkan istilah keluarga disebut dalam pelbagai bentuk dan membawa pengertian yang agak berbeza. Antaranya keluarga sedarah iaitu sekalian orang yang mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain ( sama nenek moyang ). Keluarga semenda bermaksud sekalian orang yang mempunyai pertalian kerana perkahwinan. Juga disebut keluarga angkat bererti saudara angkat oleh kerana mempunyai hubungan yang mesra. Namun kebiasaan maksud perkataan keluarga lebih dikhususkan kepada seisi rumah tangga yang terdiri daripada suami isteri berserta anak-anak.[1]

Bahagia pula bererti suasana yang senang dan aman damai serta gembira dalam kehidupan[2]. Namun perkataan keluarga menurut pandangan Islam memberi maksud yang lebih umum. Dalam bahasa Arab disebut keluarga sebagai أهلatau أسرة. Tetapi di dalam al-Quran hanya menyebut أهل, آل, dan أولى القربى. Ia bukan sahaja bererti setiap orang yang mempunyai pertalian darah bahkan berkaitan dengan agama. Sebahagian petikan firman Allah SWT:

قَالَ يَا نُوحُ إِنَّهُ لَيْسَ مِنْ أَهْلِكَ إِنَّهُ عَمَلٌ غَيْرُ صَالِحٍ

Maksudnya:[3]

Allah berfirman: "Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh.

Oleh itu al-Qurtubi berkata:

حكم الإتفاق في الدين أقوى من حكم النسب

( Hukum persamaan di dalam satu agama lebih kuat daripada persamaan dalam satu keturunan ).[4]

Manakala bahagia menurut persepesktif Islam bermaksud kebaikan di dunia di akhirat, sebagaimana doa di dalam al-Quran:

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya[5]:

"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".

Erti kebaikan atau kebahagiaan di dunia ialah kesihatan, keamanan, rezeki yang berkat, anak soleh, isteri solehah dan kemenangan ke atas musuh. Maksud kebaikan atau kebahagiaan di akhirat pula ialah kemenangan dengan dilimpahkan pahala yang banyak serta bebas dari menerima balasan azab.[6]

Peranan Suami-Isteri dan Ibu-bapa

Pengasas utama kepada pembentukan sesebuah keluarga adalah sepasang suami-isteri. Isteri menjadi tanggungjawab seorang suami khususnya menyempurnakan nafkah perbelanjaan dari sezeki yang halal agar kehidupan diberkati dan diredhai oleh Allah SWT Rasulullah SAW pernah memberitahu tentang kewajipan seorang suami terhadap isterinya dalam hadis baginda:

عَنْ حَكِيمِ بْنِ مُعَاوِيَةَ الْقُشَيْرِيِّ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا حَقُّ زَوْجَةِ أَحَدِنَا عَلَيْهِ قَالَ أَنْ تُطْعِمَهَا إِذَا طَعِمْتَ وَتَكْسُوَهَا إِذَا اكْتَسَيْتَ أَوِ اكْتَسَبْتَ وَلا تَضْرِبِ الْوَجْهَ وَلا تُقَبِّحْ وَلا تَهْجُرْ إِلا فِي الْبَيْتِ

Maksudnya:[7]

Memberi makan kepadanya sebagaimana kamu makan, memberikannya pakaian sebagaimana kamu pakai, jangan pula kamu memukul mukanya dan jangan memburuk-burukkannya serta jangan menghalaunya dari rumah kamu.

Begitu juga seorang suami perlu menunjukkan contoh teladan yang baik buat isterinya dan keluarganya. Sabda Rasulullah SAW

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ خُلُقًا

Maksudnya:[8]

Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik budi pekertinya dan orang yang baik daripada kalangan kamu ialah orang yang melakukan kebaikan kepada isterinya-isterinya.

Bagi seorang isteri, ia perlu menjadi wanita yang patuh dan taat kepada suami untuk melayakkan diri sebagai isteri solehah. Sabda Rasulullah SAW:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ

Maksudnya:[9]

Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah sekali ialah wanita solehah.

Malah isteri solehah sentiasa mengingati pesanan Rasulullah SAW:

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا ادْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ

Maksudnya:[10]

Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya, memtaati suaminya, nescaya dia dapat masuk Syurga.

Dengan wujudnya hubungan suami-isteri, kedua-duanya akan mempunyai tanggungjawab yang lebih besar apabila dikurniakan anak. Suami tadi telah dipikul dengan bebanan sebagai seorang bapa. Manakala isteri pula menerima tugas sebagai seorang ibu. Sabda Rasulullah SAW:

أَنَّ عَبْدَاللَّهِ بْنَ عُمَرَ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ الإِمَامُ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ رَاعٍ فِي أَهْلِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ فِي بَيْتِ زَوْجِهَا وَمَسْئُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا وَالْخَادِمُ رَاعٍ فِي مَالِ سَيِّدِهِ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ قَالَ وَحَسِبْتُ أَنْ قَدْ قَالَ وَالرَّجُلُ رَاعٍ فِي مَالِ أَبِيهِ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

Maksudnya:[11]

Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang di bawah pimpinan kamu, seorang pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya, seorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota-anggota keluarganya dan akan dipersoalkan terhadap tanggungjawabnya terhadap keluarganya, seorang wanita adalah pemimpin dirumah suaminya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anaknya dan pimpinanannya, dan khadam adalah diamanahkan terhadap harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah amanahnya.

Seorang bapa bertanggungjawab bagi menjaga ahli keluarganya dari melakukan perkara membawa kemurkaan Allah SWT. Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً

Maksudnya[12]:

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka

Sabda nabi SAW:

قَالَ أَوِ ابْنُ سَعِيدِ بْنِ الْعَاصِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا نَحَلَ وَالِدٌ وَلَدَهُ أَفْضَلَ مِنْ أَدَبٍ حَسَنٍ

Maksudnya:[13]

Tiada sesuatu yang lebih afdhal diberi kepada seorang anak oleh bapanya melainkan didikan yang baik.

Begitu juga seseorang ibu perlu menjadi pendidik atau pengasuh anak yang terbaik. Sepanjang ketiadaan suami atau bapa di rumah kerana keluar mencari rezeki, maka ibulah yang memainkan peranan utama dalam urusan di rumah dan mendidik anak-anak.

Kewajipan Anak

Memberi layanan dan berbuat baik kepada kedua-dua orang tuanya. Melalui didikan ibu-bapa yang sempurna seseorang anak tidak akan menderhaka ibu-bapanya kerana mengetahui tentang larangan serta dosa besar. Sabda Rasulullah SAW:

عَنْ عَبْدِالرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ رَضِي اللَّه عَنْهم قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلا أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَرِ الْكَبَائِرِ قُلْنَا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ

Maksudnya[14]:

Mahukah aku beritahu kepada kamu sekalian tentang perbuatan dosa yang paling besar? Mereka menjawab: Ya, wahai Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW: perbuatan syirik kepada Allah SWT dan derhaka kepada kedua-dua ibu-bapa.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا فَلَمْ يَدْخُلِ الْجَنَّةَ

Maksudnya[15]:

Alangkah ruginya, alangkah ruginya, alangkah ruginya,. Baginda ditanya: siapakah dia yang rugi, wahai Rasulullah SAW? Jawab baginda SAW: mana-mana anak yang sempat dengan hayat kedua-dua ibu-bapanya atau salah seorang daripada keduanya ( tetapi tidak berbuat baik dan menderhaka kepada keduanya ), lalu anak tadi tidak dapat masuk Syurga.

Menuju Kebahagiaan

Dengan wujudnya institusi keluarga yang bahagia iaitu tanggungjawab suami-isteri dilaksanakan dengan sempurna, peranan ibu-bapa dalam mendidikan anak-anak menjadi anak yang soleh, seterusnya anak-anak berbakti kepada kedua-dua orang tuanya maka kita akan melihat keharmonian dalam hidup dan ketenteraman dalam hubungan sesama masyarakat. Sabda Rasulullah SAW:

أربع من سعادة المرء أن تكون زوجة صالحة وأولاده أبرارا وخلطاؤه صالحين وأن يكون رزقه في بلده

Maksudnya[16]:

Empat perkara daripada kebahagian seseorang: Isterinya seorang wanita solehah, anak-anaknya baik, kawan-kawannya golongan solihin dan rezekinya di tanah airnya sendiri.

Sabda baginda SAW lagi:

حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ سَعَادَةِ ابْنِ آدَمَ ثَلاثَةٌ وَمِنْ شِقْوَةِ ابْنِ آدَمَ ثَلاثَةٌ مِنْ سَعَادَةِ ابْنِ آدَمَ الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ وَالْمَسْكَنُ الصَّالِحُ وَالْمَرْكَبُ الصَّالِحُ وَمِنْ شِقْوَةِ ابْنِ آدَمَ الْمَرْأَةُ السُّوءُ وَالْمَسْكَنُ السُّوءُ وَالْمَرْكَبُ السُّوءُ

Maksudnya:[17]

Tiga daripada kebahagiaan anak Adam: Isteri solehah, tempat tinggal yang selesa dan kenderaan yang selesa. Dan tiga daripada kesusahan anak Adam: Isteri yang tidak baik, tempat tinggal yang tidak selesa dan kenderaan yang tidak selesa.

Kesimpulan

Keluarga yang bahagia dapat dicapai melalui pembentukan dan pendidikan akhlak oleh kedua ibu-bapa. Bila ibu-bapa gagal memberi didikan dengan baik maka anak-anak akan membesar menjadi generasi yang boleh mendatangkan kepincangan dalam masyarakat. Kata seorang penyair Mesir Ahmad Syauqi:

ليس اليتيم من توفي أبواه *** من هم الحياة وخلفاه ذليلا

إن اليتيم من تلقى له *** أما تخللت أو أبا مشولا

Maksudnya[18]:

Bukanlah anak yatim kerana kematian kedua-dua ibu-bapanya, lalu dia hidup susah. Sesungguhnya anak yatim itu, apabila engkau mendapati dirinya mempunyai ibu tetapi gagal mendidik atau bapa yang tiada masa bersama anaknya.

Seterusnya faktor yang paling penting bagi membawa kesejahteraan hidup adalah beriman dan beramal soleh. Firman Allah SWT.

مَنْ عَمِلَ صَالِحاً مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ

Maksudnya:[19]

Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.



[1] - Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s. 620, Edisi Ketiga, 2002.

[2] - Ibid, m.s. 85

[3] - Surah Hud:46

[4] - القرطبي, محمد بن أحمد الأنصاري, الجامع الأحكام القرآن ( القاهرة, مصر: دار الحديث, ط 1 , 1414هـ - 1994م ), ج 9 , ص 48.

[5] - Surah al-Baqarah: 201

[6] - الزحيلي, وهبة, التفسير المنير ( بيروت, لبنان: دار الفكر العاصر, ط 1, 1421هـ- 1991م), ج2, ص 216.

[7] - رواه أبو داود في كتاب النكاح

[8] - رواه الترميذي في كتاب الرضاع

[9] - رواه مسلم في كتاب الرضاع

[10] - رواه أحمد في مسند العشرة المبشرين بالجنة

[11] - رواه البخاري في كتاب الجمعة

[12] - Surah at-Tahrim:6

[13] - رواه أحمد في مسند المكيين

[14] - رواه البخاري في كتاب الأدب

[15] - رواه مسلم في كتاب البر والصلة والأداب

[16] - رواه ابن عساكر والديلمي في الفردوس

[17] - رواه أحمد في مسند العشرة المبشرين بالجنة

[18] - Ulman, Abdullah Nasih, Tarbiyyah Awlad, Juz.1.

[19] - Surah Al -Nahl:97

Rabu, 18 Ogos 2010

KONSEP PERKAHWINAN DAN HIKMAHNYA


إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نحمده ونَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَسَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا َمَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلا هَادِيَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ اما بعد:

Allah SWT telah mencipta manusia dengan fitrahnya iaitu ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, harmoni dan sejahtera serta memenuhi kehendak nafsunya melalui cara yang halal. Perkahwinan atau pernikahan adalah salah satu peristiwa besar dari perjalanan hidup manusia. Perkahwinan juga adalah satu rahmah yang dikurniakan oleh Allah SWT ke atas hamba-Nya untuk menjauhkan diri dari melakukan zina. Ia juga merupakan tuntutan Islam iaitu ibadat dan sunnah Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT:

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُواْ فِي الْيَتَامَى فَانكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاء مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُواْ فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلاَّ تَعُولُواْ[1]

Maksudnya:

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

Firman Allah SWT dalam ayat yang lain:

وَأَنكِحُوا الأَيَامَى مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاء يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ[2]

Maksudnya:

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

Sabda Rasulullah SAW:

قَالَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ [3]

Maksudnya:

Wahai golongan pemuda, sesiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pemandangan mata dan menjaga kehormatan diri.

Di dalam riwayat yang lain. Baginda SAW bersabda:

ايما شاب تزوج في حداثة سنه الا عج شيطانه يا ويله يا ويله عصم مني دينه[4]

Maksudnya:

Mana-mana lelaki yang berkahwin pada usia muda maka berteriaklah syaitan yang cuba menggodanya, binasalah aku kerana agamanya terpelihara dari godaanku.


Seterusnya Nabi SAW bersabda lagi:

إذا تزوج العبد فقد استكمل نصف الدين فليتق الله في النصف الباقي[5]

Maksudnya:

Apabila seseorang berkahwin maka dia telah menyempurnakan sebahagian agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah SWT pada sebahagian yang berikutnya.

Dengan berlangsungnya ijab dan qabul bererti saudara pengantin lelaki telah menerima amanah Allah SWT dan wajib menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami. Begitu juga, suami-isteri telah terikat dengan satu ikatan yang sah pada syara'. Perlu ditegaskan bahawa di dalam Al-Quran, jalinan perkahwinan disebut oleh Allah SWT sebagai مِّيثَاقاً غَلِيظاً yang bermaksud satu perjanjian yang sangat berat tanggungjawabnya.

Seterusnya marilah kita renungi pesanan Rasulullah SAW:

اتقوا الله في النساء, فإنهن عوان في أيديكم أخذتموهن بأمانة الله, واستحللتم فروجهن بكلمة الله[6]

Maksudnya:

Berhati-hatilah kamu dalam urusan wanita. Sesungguhnya wanita itu pembantu yang di bawah tanggungjawab kamu. Kamu jadikan mereka sebagai isteri berdasarkan amanah Allah SWT dan dihalalkan bagi kamu untuk mengadakan hubungan suami-isteri berlandaskan kalimah Allah SWT.

KEWAJIPAN SUAMI

Antara kewajipan yang penting bagi seseorang suami terhadap isterinya:

Memberi layanan yang terbaik. Sabda Rasulullah SAW:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ[7]

Maksudnya:

Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya dan orang yang paling baik dikalangan kamu ialah orang yang melakukan kebaikan kepada isteri-isterinya.

Mendidik isterinya agar menjadi isteri yang solehah. Sabda Rasulullah SAW:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ [8]

Maksudnya:

Dunia ini perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.

Menyempunakan nafkah zahir dan batin.

Mencukupkan perbelanjaan dengan mencari rezeki yang halal.

Menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab terhadap ahli keluarga.

Dalam satu hadis ada seorang sahabat bertanyakan Rasulullah SAW tentang kewajipan seorang suami terhadap isterinya, lantas Rasulullah SAW bersabda:

قَالَ أَنْ تُطْعِمَهَا إِذَا طَعِمْتَ وَتَكْسُوَهَا إِذَا اكْتَسَيْتَ أَوِ اكْتَسَبْتَ وَلا تَضْرِبِ الْوَجْهَ وَلا تُقَبِّحْ وَلا تَهْجُرْ إِلا فِي الْبَيْتِ [9]

Maksudnya:

Memberi makan kepada isteri sebagaimana kamu makan, memberikannya pakaian sebagaimana kamu pakai, jangan pula kamu memukul mukanya dan jangan memburuk-burukkannya serta jangan menghalangnya keluar dari rumah kamu.

KEWAJIPAN ISTERI

Taat kepada suami.

Bersifat amanah terhadap harta benda suaminya disamping memelihara rumahnya. Sabda Rasulullah SAW:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا ادْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ[10]

Maksudnya:

Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadhan, menjaga kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk Syurga.

Menyempurnakan keperluan suaminya.

Pendidik dan pengasuh terbaik kepada anak-anak.

PERKAHWINAN MEMBAWA KEBAHAGIAAN

Hendaklah diingat bahawa Islam berkehendakkan setiap perkahwinan itu kekal berpanjangan dengan penuh kasih mesra, bergembira, beranak-pinak dan aman sentosa dari dunia hingga akhirat.

Sebaliknya Islam menggesa supaya menjauhi perceraian kerana ia merupakan satu perkara yang dibenci oleh Allah SWT sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

قَالَ أَبْغَضُ الْحَلالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى الطَّلاقُ

Maksudnya:

Sebenci-benci perkara yang halal di sisi Allah SWT ialah talak.[11]

Sekiranya berlaku perselisihan faham antara suami dan isteri maka carilah jalan perdamaian. Oleh itu, janganlah mudah mengambil keputusan dengan berpisah atau bercerai kerana ia tidak akan membawa kebaikan bahkan kesusahan serta penderitaan. Lebih-lebih lagi jika pasangan tersebut sudah mempunyai anak. Juga pendidikan anak-anak akan terabai dan kucar-kacir.

Kesimpulan, bahawa kebahagiaan manusia itu bergantung kepada usaha ikhtiar zuriat keturunan dengan membentuk pendidikan yang baik . Maka tiada jalan menyediakan pendidikan yang baik kepada zuriat keturunan melainkan perhubungan suami-isteri itu tenang dan tenteram.


Doa

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير. اللهم ألف بينهما الألفة والمحبة والوداد. واهدهما سبيل التقوى والرشاد. وطول أعمارهما في رغد العيش والسرور والهناء وانشراح الصدور. واجمع بينهما على دوام الوفاق والائتلاف وارزقهما النسل الصالح من الأولاد والبنات حتى يريا الأسباط والأحفاد.

Maksudnya:

Ya Allah! Berkatilah perkahwinan antara dua pengantin ini dan semoga berkekalan hendaknya dengan penuh kebaikan. Jadikanlah sepanjang umur kedua-duanya hidup berkasih-sayang, sentiasa mendapat petunjuk-Mu Ya Allah! Ke arah jalan yang lurus dan taqwa. Panjangkanlah umur kedua-duanya dalam kehidupan yang bahagia dengan hati yang sentiasa suka dan dada yang lapang. Jadikanlah kedua-duanya kekal hidup bersesuaian dan bersefahaman limpahkanlah kedua-duanya rezeki yang halal serta berhasil mendapat anak-pinak lelaki dan perempuan.

اللهم اهدنا بهداك, واجعلنا ممن يسارع في رضاك, ولا تولنا وليا سواك, ولا تجعلنا ممن خالف أمرك وعصاك. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين, والحمد لله رب العالمين.

آمين يارب العالمين.



[1] - Surah An-Nisa': 3

[2]- Surah An-Nur: 32

[3]- رواه مسلم ( 1400 ) في كتاب النكاح

[4] -( رواه أبو يعلى ( مسند أبي يعلى

[5]- رواه البيهقي في شعب الايمان

[6]-رواه أبو داود في كتاب المناسك

[7] -( رواه الترمذي ( كتاب الرضاع

[8]- رواه مسلم في كتاب الرضاع

[9]- راوه أبو داود في كتاب النكاح

[10] -( رواه أحمد ( مسند أحمد بن حنبل

[11]رواه أبو داود في كتاب الطلاق-

Ahad, 8 Ogos 2010

Tanggungjawab Sebagai Khalifah Allah

Pendahuluan

Sebagai insan yang beriman, kita menyakini bahawa kehidupan kita di atas muka bumi ini ada matlamat dan tujuannya. Tidak mungkin Allah SWT yang menjadikan makhluk-makhlukNya, terutama sekali makhluk manusia untuk disia-siakan begitu sahaja.

Di antara peranan utama manusia di atas muka bumi ini ialah sebagai khalifah. Perkataan khalifah bererti penyambung, penghubung dan yang diamanahkan untuk menyampaikan atau mengerjakan sesuatu. Perkataan ini juga bermaksud pengganti bahkan disebut khalifah sebagai ketua agama dan raja di sesebuah negeri Islam[1]. Seterusnya menjadi Khalifah Allah di muka bumi bermaksud menjadi wakil yang dilantik oleh Allah SWT untuk mentadbir dan menguruskan bumi ini, disamping memakmurkannya supaya menjadi tempat tinggal yang baik untuk didiami oleh seluruh penghuninya[2].

Firman Allah SWT:

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَة[3]ً

Maksudnya:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".

Firman Allah SWT dalam ayat yang lain:

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلاَئِفَ الأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِّيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ[4]

Maksudnya:

Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Kemuliaan Manusia

Di dalam Al-Quran terdapat sembilan kalimah khalifah atau khalaif[5]. Ia secara umumnya membicarakan mengenai peranan manusia seabagai khalifah Allah di muka bumi. Dengan demikian, jelas kepada kita betapa mulianya darjat manusia yang dikurniakan oleh Allah SWT. Sebagai manusia, perkara ini seharusnya kita sedari dan insaf. Betapa para malaikat yang sentiasa mentaati Allah dan tidak pernah melanggar perintahnya tidak dilantik oleh Allah sebagai khalifah, sebaliknya manusia pula yang dipilih.

Demikian kehendak Allah SWT. Tuhan Yang mencipta segala-galanya, Yang memiliki segala-galanya, lantas berhak secara mutlak untuk menentukan apa sahaja bagi makhluk-makhlukNya. Oleh yang demikian, kemuliaan yang begitu tinggi yang Allah SWT kurniakan kepada kita sebagai manusia semestinya dipelihara dan dikekalkan dengan iman, taqwa dan amal soleh. Tidak sepatutnya kemuliaan kita dicampur dengan keingkaran atau maksiat. Demikianlah beratnya tugas yang Allah SWT dipikulkan ke atas manusia. Di tangan manusialah terletaknya kemakmuran bumi ini.

Kelebihan Akal

Dengan pemberian akal kepada manusia, maka ia melebihi makhluk-makhluk lain. Dengan akal, manusia dapat mengatasi tempat dan waktu, sedangkan tumbuhan terikat oleh tempat dan waktu, manakala haiwan terikat oleh waktu. Manusia dapat mengembara di permukaan muka bumi, bahkan mampu keluar dari bumi. Manusia melepaskan waktu yang dilaluinya kini dengan mengingati kejadian pada masa lampau dan menyusun setiap perancangan untuk masa akan datang. Maka terbahagilah masa itu kepada kelmarin, hari ini dan esok.

Justeru kelebihan akal serta daya pemikiran yang ada pada manusia menyebabkan dia dapat mengatasi kehebatan makhluk-makhluk lain. Sekalipun manusia tidak berkaki empat seperti kuda, namun dengan keretanya lebih laju daripada kuda. Sekalipun tidak diciptakan mempunyai anggota renang dan insang seperti ikan, dengan kapalnya lebih mampu berenang dan menyelam daripada ikan. Sekalipun manusia tidak mempunyai sayap seperti burung, dengan pesawat udaranya dapat terbang lebih cepat dan lebih jauh daripada burung. Sekalipun tidak diperlengkapkan dengan anggota badan seperti cacing, manusia lebih mampu masuk ke dalam bumi dengan menerokai khazanah bumi, membuat terowong, membina bangunan dan sebagainya.

Selama ini disangka manusia terikat oleh bumi ( graviti ) kerana tidak mungkin dapat menembus lapisan udara yang mengelilingi planet tempat kediamannya. Namun dengan akal yang menjadi sumber sains dan tangan sebagai penggerak teknikl, manusia mampu melepaskan dirinya dari bumi, menjelajah ruang angkasa luar, singgah di bulan. Demikianlah manusia dengan sains dan alat-alat ciptaanya menjadi penguasa di bumi, menjadi raja dalam kehidupan dunia. Dengan akal, Allah SWT meneguhkan kekuasaan manusia dalam kehidupannya[6].

Keruntuhan Nilai

Kelebihan akal pemikiran menyebabkan manusia dipertanggungjawabkan untuk tadbir urus bumi dan kehidupan penghuni-penghuninya. Akan tetapi bukan sahaja manusia deangan akalnya membina kehidupan bahkan dengan akal itu juga dia akan merosakkan kehidupannya. Dengan senjata perang yang direka-cipta, manusia membunuh sesama manusia dan merosakkan alam. Dicemarinya udara dan laut, dikacaunya peredaran udara dan mengancam alam sekitar.

Apabila otak sahaja yang diperkaya deangan ilmu pengetahuan tetapi jiwa ( hati) dibiarkan kosong dari pegangan agama, maka godaan syaitan serta dorongan nafsu akan menggerakkan tangan menciptakan alat-alat yang membawa kemusnahan hidup. Kerosakan bumi ini berlaku apabila manusia terlalu mementingkan dirinya sendiri hingga sanggup mengenepikan kepentingan orang lain dan seluruh penghuni bumi. Firman Allah SWT:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ[7]

Maksudnya:

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Oleh itu dengan diberikan kekuasaan dan diangkatnya menjadi khalifah, manusia juga dibebankan tanggungjawab, Raja sekalian raja ( مالك الملك ) iaitu Allah SWT. Akan menghisab di akhirat nanti mengenai pelaksanaan tanggungjawab tersebut sebagaimana manusia yang telah dilantik sebagai khalifah ( raja ) di dunia. Dengan akalnya manusia dapat berbuat baik, tetapi juga dapat berbuat jahat. Yang paling penting sejauh mana manusia tadi dapat memanfaatkan segala anugerah Allah SWT untuk tujuan kebaikan. Kita bimbang jika anugerah Allah SWT seperti akal khususnya diselewengkan ke arah yang tidak baik.

Firman Allah SWT:

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيراً مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ[8]

Maksudnya:

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Ciri-ciri Asas Seorang Khalifah

  1. Berilmu

Kemantapan seseorang dalam agama ini bergantung di atas kekuatan mental dan kemantapan ilmu serta kesempurnaan budi pekerti. Orang yang berilmu mampu menguruskan kehidupan dengan teratur serta membawa kebaikan dalam setiap keputusan.

Sabda Rasulullah SAW

إِذَا وُسِّدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ [9]

Maksudnya:

Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah saat kebinasaan.

  1. Moral yang tinggi seperti amanah, prihatin, mesra dan lain-lain.

Seseorang pemimpin yang beramanah merupakan pemimpin yang berjaya memberi contoh teladan yang baik dan mampu menghadapi segala ancaman dan godaan.

Sabda Rasulullah SAW:

فَإِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ[10]

Maksudnya:

Apabila diselewengkan sesuatu amanah maka tunggulah saat kebinasaan.

  1. Mempunyai hubungan baik

Di antara cirri-ciri kepimpinan adalah sikap mesra dan mengeratkan hubungan khususnya dalam menyelesaikan masalah.

  1. Komitmen terhadap tugas

Bertanggungjawab terhadap tugas seperti menepati masa, kecekapan melaksanakan kerja dan berkualiti.

  1. Ikutan terbaik

Seseorang pemimpim perlu menjadi contoh ( role model ) kepada pemimpinannya bukan sekadar mempunyai kedudukan atau jawatan tetapi berkesan membimbing melalui tingkah-laku dan penampilan diri.

Kesimpulan

Sesungguhnya kita mempunyai tanggungjawab sebagai khalifah Allah yang merupakan satu peranan yang paling utama perlu kita laksanakan. Khalifah atau pemimpin memberi maksud yang luas, samada khalifah kerana memimpin negara, khalifah kerana mengetuai sesebuah organisasi, khalifah kerana memimpin keluarga dan lain-lain. Apa jua kedudukan, kita sebagai manusia akan dipersoalkan kelak tentang tanggungjawab masing-masing.

Sabda Rasulullah SAW:

كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ الإِمَامُ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ رَاعٍ فِي أَهْلِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ فِي بَيْتِ زَوْجِهَا وَمَسْئُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا وَالْخَادِمُ رَاعٍ فِي مَالِ سَيِّدِهِ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ قَالَ وَحَسِبْتُ أَنْ قَدْ قَالَ وَالرَّجُلُ رَاعٍ فِي مَالِ أَبِيهِ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِه[11]

Maksudnya:

Setiap kamu adalah pemimpin. Dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap tanggungannya seorang ketua adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap orang bawahannya, seorang lelaki bertanggungjawab terhadap keluarganya dan akan disoal tentang tanggungjawab tersebut. Seorang isteri adalah pemimpin di rumah suaminya dan bertanggungjawab terhadap tugasnya. Seorang khadam adalah pemimpin terhadap harta tuannya serta bertanggungjawab tentang amanah tersebut. Dan setiap kamu akan disoal tentang tanggungjawab masing-masing.



[1] - Harun Din, Manusia dan Islam, m/s 192, Jilid 3 ( 1990 ).

[2] - الرحيلي وهبة, التفسير المنير, ج1, ص 126

[3] - Surah Al-Baqarah: 30

[4] - Surah Al-An'am : 165

[5] - عبد الباقي, محمد فؤاد, المعجم المفهرس لألفاظ القران الكريم, ص 305 .

[6] - Harun Din, Manusia dan Islam, m.s. 195, jilid 3 ( 1990 )

[7] - Surah Ar-Rum: 41

[8] - Surah Al – A'raf : 179

[9] - رواه البخاري ( 59 ) في كتاب العلم

[10] المرجع نفسه -

[11] - في كتاب الجمعة ( 893 ) رواه البخاري

Selasa, 12 Januari 2010

MANUSIA ANTARA DUA HALUAN

Muqaddimah

Agama Islam mengutamakan perbentukan jiwa dan pemikiran manusia mengatasi segala perkara yang lain. Antara mesej ajaran Islam adalah untuk melahirkan individu yang mempunyai kesucian rohani dan kekuatan mental, spiritual yang sihat serta pemikiran yang hebat merupakan aset terpenting dalam menentukan gerak-kerja seseorang. Jika kedua-dua ansur tadi hilang maka ia akan mengundang mara bahaya bahkan menimpa kerosakkan alam sekitar. Oleh itu, usaha untuk mengubah sikap dan pemikiran sangat penting bagi mengorak langkah ke arah kemajuan,

Iman dan Moral

Kita melihat bagaimana usaha Rasulullah SAW membentuk spiritual ( rohani ) masyarakat arab jahiliah ke jalan yang lebih baik. Dari aspek keimanan antara fokus utama Nabi SAW menekankan kesempurnaan iman itu terletak pada nilai moral seseorang mukmin.

Sabda baginda:


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ خُلُقًا[1]

Maksudnya:
Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya dan orang yang paling baik dikalangan kamu ialah orang baik akhlaknya terhadap isteri-ister mereka.
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ أَنَّ رَجُلا سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا الإِيمَانُ قَالَ إِذَا سَرَّتْكَ حَسَنَتُكَ وَسَاءَتْكَ سَيِّئَتُكَ فَأَنْتَ مُؤْمِنٌ[2]
Maksudnya:
Jika kamu gembira melakukan amal kebaikan dan dukacita bila melakukan kejahatan, maka kamu adalah seorang mukmin.

Kehebatan Mental

Begitu juga kelebihan akal fikiran yang ada pada manusia perlu dimanfaatkan. Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menggesa agar kita merenung dan berfikir.

Di antaranya:

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنزَلَ اللّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن مَّاء فَأَحْيَا بِهِ الأرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَآبَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخِّرِ بَيْنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ لآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ[3]
Maksudnya:
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada Kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; Sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.
Kelebihan akal serta ketinggian moral disebut oleh Ibnu Qayyim al-Jauziah:

مَا وَهَبَ اللهُ لامْرِئ هِبَةً ... أَحْسَنَ مِنْ عَقْلِهِ وَمِنْ أَدَبِهْ
هُمَا جَمَالُ الْفَتَى فَإنْ فُقِدَا ... فَفَقْدُهُ لِلْحَيَاةِ أَجْمَلُ بِهْ
[4]
Maksudnya:
Tiada sesuatu yang lebih berharga dianugerahkan oleh Allah SWT kepada seseorang iaitu akal dan budi pekerti-mulai. Kedua-duanya lambang keelokkan pemuda, jika hilang kedua-duanya, maka kematian itu lebih baik baginya.

Makhluk Yang Paling Mulia

Manusia adalah ciptaan Allah SWT yang paling mulia dengan sebab ada akal fikirannya. Kehebatan akal fikiran tadi telah diterjemahkan dengan daya kemampuan ciptaan manusia yang sangat canggih dari masa ke semasa.

Sekalipun manusia tidak berkaki empat sepert kuda, namun dia dengan keretanya lebih cepat berlari daripada kuda. Sekalipun dia tidak dilengkapi alat-alat renang seperti ikan, dengan kapalnya dia mampu berenang dan menyelam daripada ikan. Sekalipun dia tidak mempunyai sayap seperti burung, dengan pesawat udaranya dia dapat terbang lebih cepat dan jauh daripada burung. Sekalipun dia tidak dilengkapi dengan alat tubuh seperti cacing, dia lebih mampu menjunam dalam ke petala bumi lebih daripada cacing. Selama ini disangka manusia terikat oleh bumi, kerana dia tidak mungkin menembusi lapisan udara yang mengelilingi planet kediamannya. Namun dengan akal yang menjadi sumbar sains dan tangan sebagai pangkal teknikal, manusia mampu meloloskan dirinya dari bumi, menjelajah ruang angkasa luar hingga ke bulan.

Salah Guna Anugerah

Demikianlah manusia dengan sains dan alat-alat ciptaannya menjadi penguasa di bumi, menjadi raja dalam kehidupan dunia, mewakili kekuasaan Allah SWT. Dengan akal dan bentuk tangan yang istimewa yang diberikan Allah SWT kepadanya, Allah SWT meneguhkan kekuasaan manusia dalam kehidupannya. Akan tetapi, bukan sahaja manusia dengan akalnya membina kehidupan, dengan akal itu juga dia merosakkan kehidupan.

Firman Allah SWT:

كَلا إِنَّ الإِنسَانَ لَيَطْغَى {6} أَن رَّآهُ اسْتَغْنَى {7}[5]
Maksudnya:
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.

قال مقاتل : كلا لا يعلم الإنسان إن الله هو الذي خلقه من العلقة وعلمه بعد الجهل[6]
Maksudnya:
Sesungguhnya manusia tidak ketahui bahawa Allah SWT yang menciptanya daripada segumpal dan member ilmu kepadanya setelah dia jahil.
Dengan senjata-senjata perang yang dicipta, manusia membunuh sesama manusia dan memusnahkan alam. Dicemarinya udara dan laut, dikacaunya udara dan diberantakkannya keselarasan alam.

Firman Allah SWT:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ [7]
Maksudnya:
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Apabila akal atau otak sahaja yang diperkaya dengan ilmu pengetahuan tetapi kalbu ( hati) dibiarkan kosong dari agama, maka bisikan halus syaitan mengerakkan tangan menciptakan alat-alat yang akan merosakan diri manusia sendiri dan persekitarannya.

Perubahan Sikap

Kecenderungan baik yang semulajadi atau fitrah yang mana mendorongkan manusia kepada kebaikan, gemar mencapai hasil dari amal kebaikan itu disamping melihat kepada kejahatan dengan rasa kesal dan sedih apatah lagi jauh dari melakukannya sambil memandangkan perkara amal soleh itu sebagai kebahagiaan.

Manakala kecenderungan kepada kejahatan akan mejerumus seseorang ke lembah yang hina serta seronok dengan amal keburukan melampau membinasakan dirinya, bahkan keluarga dan kehidupan di sekelilinginya.

Firman Allah:

وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا{7} فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا{8} قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا{9} وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا{10}[8]
Maksudnya:
Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),dan Sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

Justeru, kedua-dua kecenderungan tadi sentiasa berebut-rebut untuk mengawal 'stering' atau kemudinya. Nasib dan kesudahannya akan ditentukan oleh siapa yang berjaya dalam persaingan atau perebutan kuasa. Walau apa jua cabaran atau halangan, manusia sendiri yang mampu mengubah haluan hidupnya.

Firman Allah SWT:

إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللّهُ بِقَوْمٍ سُوءاً فَلاَ مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ[9]
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
Menurut Prof. Dr. Hamka:
Inilah ayat yang terkenal tentang kekuatan akal budi yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia sehingga manusia itu dapat bertindak sendiri dan mengendalikan dirinya sendiri dibawah naugan Allah SWT. Sebab itu, maka manusia wajib berusaha sendiri menentukan garis hidupnya. Manusia diberi akal dan berupaya mempertimbangkan akalnya itu antara perkara yang baik dan buruk[10]
Penutup
Anugerah atau keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia perlu dimanfaatkan. Bersesuaian dengan kedudukan manusia sebagai ciptaan Allah SWT yang paling mulia. Namun, apabila kelebihan ini disalahgunakan maka kedudukan manusia sebagai semulia-mulia makhluk akan merudum ke tahap yang lebih hina.

Firman Allah:

لَقَدْ خَلَقْنَا الإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ{4} ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ{5}[11]
Maksudnya:
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya). kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah. ( neraka ).

[1]- رواة الترمذي, سنن الترمذي ( القاهرة, مصر : دار الحديث, ط 1, 1419هـ - 1999م ) ج 3, ص 304.
[2] - مسند أحمد – {ج 45 / ص 140}
[3] - البقرة: 164.
[4] - هبن القيم الجوزي, روضة المحبين ( دمشق, سورية: دار الخير, ط1, 1416هـ- 1996م ), ص 17.
[5] - العلق : 6-7.
[6] - الرازي, التفسير الكبير ( بيروت, لبنان: دار الكتب العلمية, ط1, 1321هـ- 2000م ) ج32, ص 18و19.
[7] - الروم41
[8] - الشمس: 7-10 .
[9]- الرعد11
[10]- Hamka, Tafsir Al-Azhar ( Jakarta: Penerbit Panjimas, 1983), juzuk 13, m.s. 17.
[11] - التين 4 و 5 .