Sabtu, 30 Jun 2012

HIKMAH ANUGERAH ALLAH S.W.T.


DEFINISI :

Hikmah mempunyai beberapa pengertian.  Di dalam Al-Quran, perkataan hikmah disebut sebanyak 19 kali yang memberi maksud kepada kefahaman Al-Quran, Kenabian, Kebijaksanaan, Kebenaran dalam ucapan dan ilmu pengetahuan  (Wisely & Sagacity, Judiciousness, Wisdom).

Pada umumnya, hikmah bererti mengetahui keunggulan sesuatu melalui kebijaksanaan dan ilmu yang difahami. 

Kata Al-Syeikh Ali Al-Soubuni hikmah :

العــلم النـافـع المـؤدي إلى العمــل الصـالـح
Iaitu :  Ilmu yang bermanfaat yang mendorong kepada amal soleh.

Keputusan yang dibuat secara hikmat dapat memberi kepuasan kepada setiap orang.  Oleh itu, Allah S.W.T.  telah menyatakan di dalam Al-Quran mengenai kelebihan hikmah dan anugerah kepada hamba-hambanya yang tertentu.
  يـؤتى الـحكمـة من يشـاء ومن يـؤت الـحكمة فقـد أوتي خيـرا كثيـرا، ومـا يـذكر إلا أولـوا الألبـاب .
                         ((سـورة البقرة : اية 269)
Maksudnya : 
Allah S.W.T. mengurniakan hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki.  Dan sesiapa yang  dikurniakan hikmah, maka dia telah dikurniakan kebaikkan yang banyak.  Tiada yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang beriman.

Sabda Nabi S.A.W. :

الـحكمـة ضـالة المـؤمن فحيـث وجـدهـا فهـو أحـق بهـا
 (رواه الترمـذي)
Ertinya : 
Hikmah itu ialah barangan orang mukmin yang hilang. Di mana jua ia dijumpai, maka dialah  yang berhak memilikinya.

Hikmah juga memainkan peranan yang penting dalam berdakwah, nasihat atau bimbingan kepada seseorang untuk melakukan kebaikkan.

Firman Allah S.W.T. :
أدع الى سـبيل ربك بالـحكمـة والـموعظـة الحســنة
) سورة النحل : اية 125)
Maksudnya : 
Serulah manusia kejalan Allah dengan hikmah (bijaksana) dan nasihat yang baik.

Hikmah dalam ayat tadi bererti bijaksana dalam mencegah kemungkaran dan sikap pendakwah semasa menegur  orang yang melakukan maksiat samada perlu kepada teguran tegas atau sebagainya.


Oleh yang demikian, semua Rasul dikenurniakan hikmah.  Dengan hikmah, mereka dapat menyeru manusia beriman kepada Allah S.W.T.  Dengan hikmah, mereka dapat menjawab segala hujah orang-orang yang ingkar.  Dengan hikmah juga, mereka mengajar umat ke jalan yang lurus.  Allah S.W.T. juga mengurniakan hikmah kepada hamba-hambanya yang tertentu iaitu  yang taat.  Seperti dikurniakan kepada Lokman Al-Hakim.

Firman Allah S.W.T. :
ولقـد اتينــا لقمــان الـحكــمة
                     (سورة لقمـان : اية 12)
Maksudnya : 
Dan sesungguhnya kami telah dikurniakan Lokman Hakim.

Nabi S.A.W. mengesa umatnya menuntut ilmu atau hikmah sebagaimana sabdanya :

لا حسـد إلا فى اثنتيـن : رجل اتاه الله مالا فسـلطه على هـلكته فى الـحق، ورجـل اتاه الله الـحكمة فهو يقضي بها ويعلمهـا (رواه البخاري)
Ertinya : 
Dengki tidak diharuskan melainkan pada dua perkara :

Pertama :  Seseorang yang dikurniakan harta oleh Allah, lalu dibelanjakannya pada jalan kebajikan.
Kedua :  Seseorang yang dikurniakan hikmah (kebijksanaan) lalu digunakan untuk menyelesaikan masalah serta mengajarnya (menyebarnya).

Contoh-contoh hikmah yang menjadi tauladan:

1.   Hikmah Nabi Ibrahim a.s. ketika berhujah dengan Raja Namruz.
     Apabila Nabi Ibrahim a.s. melihat kaumnya menyembah berhala, Nabi Ibrahim a.s membuat rancangan untuk menghapuskan kepercayaan karut itu.  Satu ketika Nabi Ibrahim telah memecahkan patong-patong berhala kecuali patong yang besar dan disangkutkan kapak pada patong besar itu.

     Lalu dibawa Nabi Ibrahim a.s. berjumpa dengan Raja Namruz kerana Nabi Ibrahim   a.s. yang bertanggungjawab melakukan perkara demikian.  Bila ditanya : Apakah benar engkau yang memecahkan  patong-patong itu?  (tuhan-tuhan mereka) jawab Nabi Ibrahim a.s. : tidak, tetapi patong yang besar itu telah melakukannya.  Kalau tidak percaya, tanyalah kepada patong-patong (tuhan-tuhan kamu) sekiranya ia   boleh bercakap.
    
    Mendengan jawapan Nabi Ibrahim a.s., barulah mereka sedar tentang kebatilan agama mereka selama ini.  Lalu mereka akur dengan hujah dan hikmah Nabi Ibrahim a.s.. 

Firman Allah S.W.T. :

ثـم نكســوا على رؤوســهم
                  (سورة  الأنبيـاء : اية 65)
Maksudnya : 
Kemudian mereka menundukan kepala mereka (akur dengan jawapan Nabi Ibrahim a.s.)


2.   Hikmah Nabi Muhammad .S.A.W.  dalam mendakwah :

     Suatu ketika, datang seorang pemuda kepada Rasulullah S.A.W. dan berkata : Izinkanlah aku berzina wahai Rasulullah? sahabat-sahabat yang berada disitu terkejut dan cuba untuk memarahi pemuda itu.

     Rasulullah S.A.W. panggil pemuda itu lalu  menghampirinya dan menyuruh sahabat-sahabat membiarkan Baginda .S.A.W.  bersama pemuda itu berbincang.

     Tanya Rasulullah S.A.W. :  Adakah kamu redha jika orang lain berzina dengan emak kamu ?
jawabnya : tidak.

     Ditanya lagi :  Adakah kamu redha orang lain berzina dengan kakak kamu ?
     jawabnya :  tidak.  Lalu ditanya lagi :  Adakah kamu redha orang lain berzina dengan adik perempuan kamu? jawabnya :  tidak.
     Baginda S.A.W. pun bersabda :

إذا كنت لـم ترض لـهؤلاء فكيـف ترضـاه للنـاس
Ertinya :  
Jika kamu tidak redha orang lain berzina dengan keluarga kamu, bagaimana kamu redha untuk berzina.

     Kemudian pemuda itu pergi dan zina adalah maksiat yang amat dibencinya.
     Hikmah Rasulullah S.A.W. dalam berdakwah begitu berkesan sehingga pemuda itu dapat menjauhkan diri dari berzina tanpa dikenakan sebarang tindakan tegas atau hukuman ke atasnya.


3.   Hikmah (kebijaksanaan) Imam Malik dalam menyelesaikan masalah.

     Pada masa hayat Imam Malik, ada seorang wanaita telah meninggal dunia.  Lalu      dipanggil seorang jurumandi wanita untuk memandikan dan menguruskan jenazah tersebut.

     Ketika jurumandi menjiruskan air ke atas tubuh si mati, dia telah berkata : Perempuan ini (si mati) telah berzina pada masa hidupnya iaitu dia telah menuduh si mati dengan tuduhan zina tanpa bukti.

     Selesai sahaja dia mengucapkan kata-kata tadi, tiba-tiba tangannya terlekat pada tubuh si mati.  Hinggakan jurumandi itu tidak dapat untuk menggangkat tangannya dari tubuh si mati.

     Apabila berita itu sampai kepada Alim Ulamak, mereka berselisih berpendapat. Ada yang mengatakan, kita perlu memotong tangan jurumandi mayat kerana pengkebumian mayat adalah wajib.

     Setengah yang lain berpendapat, kita perlu potong sebahagian anggota si mati kerana nyawa dan keselamatan orang hidup mesti dipelihara.

     Semasa masing-masing hangat berbincang, mereka membuat keputusan untuk bertanya  Imam Malik kerana beliau adalah salah seorang pakar rujuk ilmu feqah         ketika itu.

     Lalu, diceritakan kepada Imam Malik tentang peristiwa yang berlaku itu.  Dengan hikmah (kebijaksanaan) Imam Malik, beliau tidak tergopoh-gapah membuat keputusan.

     Sebaliknya beliau bertanya kepada jurumandi disebalik hijab:

مـاذا قلت فـى حـق الميتــة
Ertinya : 
Apakah yang engkau kata (tuduh) kepada si mati yang menyebabkan jadi begini.
Jawabnya :
يا إمـام لقـد رميتهـا بالـزنـا
Ertinya :   
Wahai Imam Malik, saya telah menuduhnya pernah berzina semasa hayatnya.

     Kemudian Imam Malik menyuruh salah seorang wanita lain untuk merotani belakang tubuh jurumandi itu sebanyak 80 kali, kerana membuat tuduhan palsu. Setelah dirotan 80 kali, barulah jurumandi itu dapat menggangkat tangannya dari jasad mayat.

Demikianlah hikmah (kebijaksanaan) Imam Malik, dapat menyelesaikan perselisihan yang berlaku dikalangan masyarakat, seterusnya keputusan yang dibuat memberi kepuasan dan diterima oleh orang ramai.

اللهـم افتـح علينـا حـكمتك وانشـر علينـا من خـزائـن رحمتـك، يـا أرحـم الراحميـن
Ertinya :  
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami hikmatmu dan lempahkanlah rahmat dari khazanahmu, wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rahmat.



Rujukan:
1. تفســير القـرءان العـظيم
   اوليـه ابن كثيـر جـ  1

2. صـفوة التفاســير
   اوليـه :  شـيخ علي الصبوني جـ  1

3. التفسـير المنيـر
   اوليـه :  دكتـور وهبـة الزحـيلي جـ 14 

4. الـخطب الـمنبرية
   اوليـه :  الشيخ عبـد الحميـد كشـك جـ  12