DEFINISI :
Hikmah mempunyai beberapa pengertian. Di dalam Al-Quran, perkataan hikmah disebut
sebanyak 19 kali yang memberi maksud kepada kefahaman Al-Quran, Kenabian, Kebijaksanaan,
Kebenaran dalam ucapan dan ilmu pengetahuan
(Wisely & Sagacity, Judiciousness, Wisdom).
Pada umumnya, hikmah bererti mengetahui keunggulan sesuatu
melalui kebijaksanaan dan ilmu yang difahami.
Kata Al-Syeikh Ali Al-Soubuni hikmah :
العــلم
النـافـع المـؤدي إلى العمــل الصـالـح
Iaitu : Ilmu yang
bermanfaat yang mendorong kepada amal soleh.
Keputusan yang dibuat secara hikmat dapat memberi kepuasan
kepada setiap orang. Oleh itu, Allah
S.W.T. telah menyatakan di dalam
Al-Quran mengenai kelebihan hikmah dan anugerah kepada hamba-hambanya yang
tertentu.
((سـورة البقرة : اية 269)
Maksudnya :
Allah S.W.T. mengurniakan hikmah kepada sesiapa yang
dikehendaki. Dan sesiapa yang dikurniakan hikmah, maka dia telah
dikurniakan kebaikkan yang banyak. Tiada
yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang beriman.
Sabda Nabi S.A.W. :
الـحكمـة
ضـالة المـؤمن فحيـث وجـدهـا فهـو أحـق بهـا
(رواه الترمـذي)
Ertinya :
Hikmah itu
ialah barangan orang mukmin yang hilang. Di mana jua ia dijumpai, maka
dialah yang berhak memilikinya.
Hikmah juga memainkan peranan yang penting dalam berdakwah,
nasihat atau bimbingan kepada seseorang untuk melakukan kebaikkan.
Firman Allah S.W.T. :
أدع الى سـبيل ربك بالـحكمـة
والـموعظـة الحســنة
)
سورة
النحل : اية 125)
Maksudnya :
Serulah
manusia kejalan Allah dengan hikmah (bijaksana) dan nasihat yang baik.
Hikmah dalam ayat tadi bererti bijaksana dalam mencegah
kemungkaran dan sikap pendakwah semasa menegur
orang yang melakukan maksiat samada perlu kepada teguran tegas atau
sebagainya.
Oleh yang
demikian, semua Rasul dikenurniakan hikmah.
Dengan hikmah, mereka dapat menyeru manusia beriman kepada Allah
S.W.T. Dengan hikmah, mereka dapat
menjawab segala hujah orang-orang yang ingkar.
Dengan hikmah juga, mereka mengajar umat ke jalan yang lurus. Allah S.W.T. juga mengurniakan hikmah kepada
hamba-hambanya yang tertentu iaitu yang
taat. Seperti dikurniakan kepada Lokman Al-Hakim.
Firman Allah S.W.T. :
ولقـد
اتينــا لقمــان الـحكــمة
(سورة لقمـان : اية 12)
Maksudnya :
Dan sesungguhnya kami telah dikurniakan Lokman Hakim.
Nabi S.A.W. mengesa umatnya menuntut ilmu atau hikmah sebagaimana
sabdanya :
لا حسـد إلا فى اثنتيـن : رجل
اتاه الله مالا فسـلطه على هـلكته فى الـحق، ورجـل اتاه الله
الـحكمة فهو يقضي بها ويعلمهـا (رواه البخاري)
Ertinya :
Dengki tidak diharuskan melainkan pada dua perkara :
Pertama : Seseorang yang
dikurniakan harta oleh Allah, lalu dibelanjakannya pada jalan kebajikan.
Kedua : Seseorang yang
dikurniakan hikmah (kebijksanaan) lalu digunakan untuk menyelesaikan masalah
serta mengajarnya (menyebarnya).
Contoh-contoh hikmah yang menjadi tauladan:
1. Hikmah Nabi Ibrahim
a.s. ketika berhujah dengan Raja Namruz.
Apabila Nabi Ibrahim
a.s. melihat kaumnya menyembah berhala, Nabi Ibrahim a.s membuat rancangan
untuk menghapuskan kepercayaan karut itu.
Satu ketika Nabi Ibrahim telah memecahkan patong-patong berhala kecuali patong
yang besar dan disangkutkan kapak pada patong besar itu.
Lalu dibawa Nabi
Ibrahim a.s. berjumpa dengan Raja Namruz kerana Nabi Ibrahim a.s. yang bertanggungjawab melakukan perkara
demikian. Bila ditanya : Apakah benar
engkau yang memecahkan patong-patong
itu? (tuhan-tuhan mereka) jawab Nabi
Ibrahim a.s. : tidak, tetapi patong yang besar itu telah melakukannya. Kalau tidak percaya, tanyalah kepada
patong-patong (tuhan-tuhan kamu) sekiranya ia boleh
bercakap.
Mendengan jawapan Nabi
Ibrahim a.s., barulah mereka sedar tentang kebatilan agama mereka selama
ini. Lalu mereka akur dengan hujah dan
hikmah Nabi Ibrahim a.s..
Firman Allah S.W.T. :
ثـم
نكســوا على رؤوســهم
(سورة الأنبيـاء : اية 65)
Maksudnya :
Kemudian mereka menundukan kepala mereka (akur dengan jawapan
Nabi Ibrahim a.s.)
2. Hikmah Nabi Muhammad
.S.A.W. dalam mendakwah :
Suatu ketika, datang
seorang pemuda kepada Rasulullah S.A.W. dan berkata : Izinkanlah aku berzina
wahai Rasulullah? sahabat-sahabat yang berada disitu terkejut dan cuba
untuk memarahi pemuda itu.
Rasulullah S.A.W.
panggil pemuda itu lalu menghampirinya
dan menyuruh sahabat-sahabat membiarkan Baginda .S.A.W. bersama pemuda itu berbincang.
Tanya Rasulullah
S.A.W. : Adakah kamu redha jika orang
lain berzina dengan emak kamu ?
jawabnya : tidak.
Ditanya lagi : Adakah kamu redha orang lain berzina dengan
kakak kamu ?
jawabnya : tidak.
Lalu ditanya lagi : Adakah kamu
redha orang lain berzina dengan adik perempuan kamu? jawabnya : tidak.
Baginda
S.A.W. pun bersabda :
إذا
كنت لـم ترض لـهؤلاء فكيـف ترضـاه للنـاس
Ertinya :
Jika kamu tidak redha orang lain berzina dengan keluarga kamu,
bagaimana kamu redha untuk berzina.
Kemudian pemuda itu
pergi dan zina adalah maksiat yang amat dibencinya.
Hikmah Rasulullah
S.A.W. dalam berdakwah begitu berkesan sehingga pemuda itu dapat menjauhkan
diri dari berzina tanpa dikenakan sebarang tindakan tegas atau hukuman ke
atasnya.
3. Hikmah (kebijaksanaan)
Imam Malik dalam menyelesaikan masalah.
Pada masa
hayat Imam Malik, ada seorang wanaita telah meninggal dunia. Lalu dipanggil
seorang jurumandi wanita untuk memandikan dan menguruskan jenazah tersebut.
Ketika jurumandi menjiruskan air ke atas
tubuh si mati, dia telah berkata : Perempuan ini (si mati) telah berzina pada
masa hidupnya iaitu dia telah menuduh si mati dengan tuduhan zina tanpa bukti.
Selesai sahaja dia mengucapkan kata-kata
tadi, tiba-tiba tangannya terlekat pada tubuh si mati. Hinggakan jurumandi itu tidak dapat untuk
menggangkat tangannya dari tubuh si mati.
Apabila berita itu sampai kepada Alim
Ulamak, mereka berselisih berpendapat. Ada yang mengatakan, kita perlu memotong
tangan jurumandi mayat kerana pengkebumian
mayat adalah wajib.
Setengah yang lain berpendapat, kita perlu
potong sebahagian anggota si mati kerana nyawa dan keselamatan orang hidup
mesti dipelihara.
Semasa masing-masing hangat berbincang,
mereka membuat keputusan untuk bertanya
Imam Malik kerana beliau adalah salah seorang pakar rujuk ilmu feqah ketika itu.
Lalu, diceritakan kepada Imam Malik tentang
peristiwa yang berlaku itu. Dengan
hikmah (kebijaksanaan) Imam Malik, beliau tidak tergopoh-gapah membuat keputusan.
Sebaliknya beliau bertanya kepada jurumandi disebalik hijab:
مـاذا
قلت فـى حـق الميتــة
Ertinya :
Apakah yang engkau kata (tuduh) kepada si mati yang menyebabkan
jadi begini.
Jawabnya :
يا
إمـام لقـد رميتهـا بالـزنـا
Ertinya :
Wahai Imam Malik, saya telah menuduhnya pernah berzina semasa hayatnya.
Kemudian
Imam Malik menyuruh salah seorang wanita lain untuk merotani belakang tubuh
jurumandi itu sebanyak 80 kali, kerana membuat tuduhan palsu. Setelah dirotan
80 kali, barulah jurumandi itu dapat menggangkat tangannya dari jasad mayat.
Demikianlah hikmah
(kebijaksanaan) Imam Malik, dapat menyelesaikan perselisihan yang berlaku dikalangan
masyarakat, seterusnya keputusan yang dibuat memberi kepuasan dan diterima oleh
orang ramai.
اللهـم
افتـح علينـا حـكمتك وانشـر علينـا من خـزائـن رحمتـك، يـا أرحـم
الراحميـن
Ertinya :
Ya Allah, kurniakanlah kepada
kami hikmatmu dan lempahkanlah rahmat dari khazanahmu, wahai Tuhan Yang Maha
Pemberi Rahmat.
Rujukan:
1. تفســير القـرءان العـظيم
اوليـه ابن كثيـر جـ 1
2. صـفوة التفاســير
اوليـه : شـيخ علي الصبوني جـ 1
3. التفسـير المنيـر
اوليـه : دكتـور وهبـة الزحـيلي جـ 14
4. الـخطب الـمنبرية
اوليـه : الشيخ عبـد الحميـد كشـك جـ 12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan