إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نحمده ونَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَسَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا َمَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلا هَادِيَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ اما بعد:
Allah SWT telah mencipta manusia dengan fitrahnya iaitu ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, harmoni dan sejahtera serta memenuhi kehendak nafsunya melalui cara yang halal. Perkahwinan atau pernikahan adalah salah satu peristiwa besar dari perjalanan hidup manusia. Perkahwinan juga adalah satu rahmah yang dikurniakan oleh Allah SWT ke atas hamba-Nya untuk menjauhkan diri dari melakukan zina. Ia juga merupakan tuntutan Islam iaitu ibadat dan sunnah Rasulullah SAW.
Firman Allah SWT:
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُواْ فِي الْيَتَامَى فَانكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاء مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُواْ فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلاَّ تَعُولُواْ[1]
Maksudnya:
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
Firman Allah SWT dalam ayat yang lain:
وَأَنكِحُوا الأَيَامَى مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاء يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ[2]
Maksudnya:
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
Sabda Rasulullah SAW:
قَالَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ [3]
Maksudnya:
Wahai golongan pemuda, sesiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pemandangan mata dan menjaga kehormatan diri.
Di dalam riwayat yang lain. Baginda SAW bersabda:
ايما شاب تزوج في حداثة سنه الا عج شيطانه يا ويله يا ويله عصم مني دينه[4]
Maksudnya:
Mana-mana lelaki yang berkahwin pada usia muda maka berteriaklah syaitan yang
Seterusnya Nabi SAW bersabda lagi:
إذا تزوج العبد فقد استكمل نصف الدين فليتق الله في النصف الباقي[5]
Maksudnya:
Apabila seseorang berkahwin maka dia telah menyempurnakan sebahagian agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah SWT pada sebahagian yang berikutnya.
Dengan berlangsungnya ijab dan qabul bererti saudara pengantin lelaki telah menerima amanah Allah SWT dan wajib menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami. Begitu juga, suami-isteri telah terikat dengan satu ikatan yang sah pada syara'. Perlu ditegaskan bahawa di dalam Al-Quran, jalinan perkahwinan disebut oleh Allah SWT sebagai مِّيثَاقاً غَلِيظاً yang bermaksud satu perjanjian yang sangat berat tanggungjawabnya.
Seterusnya marilah kita renungi pesanan Rasulullah SAW:
اتقوا الله في النساء, فإنهن عوان في أيديكم أخذتموهن بأمانة الله, واستحللتم فروجهن بكلمة الله[6]
Maksudnya:
Berhati-hatilah kamu dalam urusan wanita. Sesungguhnya wanita itu pembantu yang di bawah tanggungjawab kamu. Kamu jadikan mereka sebagai isteri berdasarkan amanah Allah SWT dan dihalalkan bagi kamu untuk mengadakan hubungan suami-isteri berlandaskan kalimah Allah SWT.
KEWAJIPAN SUAMI
Antara kewajipan yang penting bagi seseorang suami terhadap isterinya:
• Memberi layanan yang terbaik. Sabda Rasulullah SAW:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ[7]
Maksudnya:
Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya dan orang yang paling baik dikalangan kamu ialah orang yang melakukan kebaikan kepada isteri-isterinya.
• Mendidik isterinya agar menjadi isteri yang solehah. Sabda Rasulullah SAW:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ [8]
Maksudnya:
Dunia ini perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.
• Menyempunakan nafkah zahir dan batin.
• Mencukupkan perbelanjaan dengan mencari rezeki yang halal.
• Menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab terhadap ahli keluarga.
Dalam satu hadis ada seorang sahabat bertanyakan Rasulullah SAW tentang kewajipan seorang suami terhadap isterinya, lantas Rasulullah SAW bersabda:
قَالَ أَنْ تُطْعِمَهَا إِذَا طَعِمْتَ وَتَكْسُوَهَا إِذَا اكْتَسَيْتَ أَوِ اكْتَسَبْتَ وَلا تَضْرِبِ الْوَجْهَ وَلا تُقَبِّحْ وَلا تَهْجُرْ إِلا فِي الْبَيْتِ [9]
Maksudnya:
Memberi makan kepada isteri sebagaimana kamu makan, memberikannya pakaian sebagaimana kamu pakai, jangan pula kamu memukul mukanya dan jangan memburuk-burukkannya serta jangan menghalangnya keluar dari rumah kamu.
KEWAJIPAN ISTERI
• Taat kepada suami.
• Bersifat amanah terhadap harta benda suaminya disamping memelihara rumahnya. Sabda Rasulullah SAW:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا ادْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ[10]
Maksudnya:
Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadhan, menjaga kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk Syurga.
• Menyempurnakan keperluan suaminya.
• Pendidik dan pengasuh terbaik kepada anak-anak.
PERKAHWINAN MEMBAWA KEBAHAGIAAN
Hendaklah diingat bahawa Islam berkehendakkan setiap perkahwinan itu kekal berpanjangan dengan penuh kasih mesra, bergembira, beranak-pinak dan aman sentosa dari dunia hingga akhirat.
Sebaliknya Islam menggesa supaya menjauhi perceraian kerana ia merupakan satu perkara yang dibenci oleh Allah SWT sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
قَالَ أَبْغَضُ الْحَلالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى الطَّلاقُ
Maksudnya:
Sebenci-benci perkara yang halal di sisi Allah SWT ialah talak.[11]
Sekiranya berlaku perselisihan faham antara suami dan isteri maka carilah jalan perdamaian. Oleh itu, janganlah mudah mengambil keputusan dengan berpisah atau bercerai kerana ia tidak akan membawa kebaikan bahkan kesusahan serta penderitaan. Lebih-lebih lagi jika pasangan tersebut sudah mempunyai anak. Juga pendidikan anak-anak akan terabai dan kucar-kacir.
Kesimpulan, bahawa kebahagiaan manusia itu bergantung kepada usaha ikhtiar zuriat keturunan dengan membentuk pendidikan yang baik . Maka tiada jalan menyediakan pendidikan yang baik kepada zuriat keturunan melainkan perhubungan suami-isteri itu tenang dan tenteram.
Doa
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين
بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير. اللهم ألف بينهما الألفة والمحبة والوداد. واهدهما سبيل التقوى والرشاد. وطول أعمارهما في رغد العيش والسرور والهناء وانشراح الصدور. واجمع بينهما على دوام الوفاق والائتلاف وارزقهما النسل الصالح من الأولاد والبنات حتى يريا الأسباط والأحفاد.
Maksudnya:
Ya Allah! Berkatilah perkahwinan antara dua pengantin ini dan semoga berkekalan hendaknya dengan penuh kebaikan. Jadikanlah sepanjang umur kedua-duanya hidup berkasih-sayang, sentiasa mendapat petunjuk-Mu Ya Allah! Ke arah jalan yang lurus dan taqwa. Panjangkanlah umur kedua-duanya dalam kehidupan yang bahagia dengan hati yang sentiasa suka dan dada yang lapang. Jadikanlah kedua-duanya kekal hidup bersesuaian dan bersefahaman limpahkanlah kedua-duanya rezeki yang halal serta berhasil mendapat anak-pinak lelaki dan perempuan.
اللهم اهدنا بهداك, واجعلنا ممن يسارع في رضاك, ولا تولنا وليا سواك, ولا تجعلنا ممن خالف أمرك وعصاك. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين, والحمد لله رب العالمين.
آمين يارب العالمين.
[1] - Surah An-Nisa': 3
[2]- Surah An-Nur: 32
[3]- رواه مسلم ( 1400 ) في كتاب النكاح
[4] -( رواه أبو يعلى ( مسند أبي يعلى
[5]- رواه البيهقي في شعب الايمان
[6]-رواه أبو داود في كتاب المناسك
[7] -( رواه الترمذي ( كتاب الرضاع
[8]- رواه مسلم في كتاب الرضاع
[9]- راوه أبو داود في كتاب النكاح
[10] -( رواه أحمد ( مسند أحمد بن حنبل
[11]رواه أبو داود في كتاب الطلاق-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan